1 2

Thursday 4 September 2014

Ulasan Buku: Gantung

Teks: Syahmi AS
Foto: Google Image


Assalamualaikum. Baru saya perasan sudah dua bulan saya tidak menulis entri! Rasa sangat kekok dan tiba-tiba rasa kosong. Padanlah, sudah lama jari-jari ini tidak mahu bekerjasama. Saya mengaku rasa tergerak hati mahu kemas-kini blog itu ada. Cuma, saya kerap kali terlupa. Syukur pada Allah, kerana mengingatkan saya masih ada perkara yang belum selesai. Sebenarnya, saya mahu tulis cerpen dahulu, tetapi saya memilih untuk menulis entri di blog sahaja, sekadar untuk panaskan badan.

Baiklah, mangsa reviu kali ini ialah Gantung. Ya, saya juga agak terkejut. Saya tidak pernah baca novel yang bergenre indie sebelum ini. Jadi, mula-mula saya ingatkan susah untuk sesuaikan diri. Jangkaan itu meleset. Novel bergenre indie pertama yang saya baca ialah Kelabu. Muka suratnya, (sudah tidak ingat berapa) dalam anggaran 400 lebih. Apa yang mampu saya ungkapkan selepas usai membaca adalah saya perlu baca lebih banyak lagi novel seperti ini!

Baiklah-baiklah, mari mulakan reviu.

Tajuk: Gantung

Penulis: Nadia Khan

Penerbit: Fixi

Blurb:

"Musketeer Code - no all for one, just one for all."
Gibbs, Ray, KJ dan Troll – sekumpulan pelajar lelaki paling popular dan paling akrab di sebuah sekolah asrama elit. Mereka berempat mencipta Musketeer Code - peraturan yang tidak membenarkan sesiapa antara mereka mempunyai steady girlfriend, tetapi sebarang skandal amat dialu-alukan untuk dikongsi oleh semua.
Sehinggalah peraturan itu dilanggar... dan seorang awek psiko mencetuskan tragedi yang bakal menghantui hidup mereka semua.
Ulasan:
Jujur, saya katakan. Saya ingat novel ini bekisar tentang remaja sahaja. Playboy dan sekali yang sama jenis dengannya, sampai saya tidak tahu kejutan yang banyak mempengaruhi saya! Saya memang takut untuk ke mana-mana kerana dihantui novel ini. Saya juga hampir-hampir tidak mahu menghabiskan novel ini kerana ada adengan yang tidak manis dibaca. Namun, saya kuatkan hati dan buka minda untuk menerima dengan reda. Di akhir cerita, saya dihantar satu hikmah yang sangat indah. Hikmah yang mengingatkan saya, siapa diri ini.  Apa yang saya faham tentang novel ini, kita tidak patut pentingkan diri dan sentiasa reda dengan qada' dan qadar. Saya sangat suka cara penulis susun plot. Memang menakjubkan! Saya juga syorkan novel ini dibaca, difahami dan dikaji. Kita tidak boleh menilai sesuatu itu dengan mata kasar.  

2 comments:

  1. K.As dah lama beli novel Kelabu tapi belum berkesempatan lagi nak baca. Dengar cerita novel-novel Fixi & Lejen Press memang lain dari yang lain daripada pelbagai aspek.

    Kena baca dulu baru tahu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak! Memang lain daripada yang lain. Tambah-tambah, novel Gantung ni novel seram. Memang meremang bulu roma tak boleh nak lupa. xD

      Delete