1 2

Friday 13 March 2015

Sukar Tepati Janji

Teks: Syahmi MS

Bismillah.

Assalamualaikum w.b.t, pertama saya mahu ucapkan selamat bercuti buat diri ini dan pembaca. Manfaatkan peluang yang ada sebaik-baiknya. Melihat pada diri sendiri, saya sedar yang saya ini orang yang sukar tepati janji dan mempunyai tahap disiplin yang paling rendah! Lihatlah, tugas pertama yang perlu dilaksanakan iaitu menulis 44 entri pada tahun lalu pun belum nampak cahaya kesudahannya. Menulis pula, saya lebih utamakan emosi dan inspirasi. Itulah sebab utama kenapa akal fikiran ini susah lahirkan idea dan usaha. Bila sudah selangkah ke depan dengan impian, tiba-tiba saya terkandas di tengah jalan. Betapa ruginya, nikmat yang Allah beri! Namun begitu, saya kuatkan hati dan membetulkan niat di atas landasannya, bahawa Allah mempunyai jalan yang lebih baik. :) Insya-Allah, cerpen yang saya tulis tahun lalu, saya akan cuba siapkan dalam masa cuti ini. Kebetulan, kerja rumah yang guru-guru berikan tidaklah terlalu membebankan. Mohon undur diri! ^^

Tuesday 3 February 2015

Diari Hostel #1

Teks: Syahmi MS

Bismillah. Assalamualaikum. Pasti ramai yang tertanya-tanya ke mana tuan blog ini menghilang tanpa berita. Entri-entri sebelum ini pun tiada kualiti dan banyak yang saya merapu di dalamnya. Oh, terasa malu pula!

Pada tahun ini, saya akan menduduki peperiksaan PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3). Bagi memastikan fokus tidak tersasar, saya memilih untuk tinggal di asrama. Ini bermakna, saya perlu tinggalkan dunia penulisan buat seketika. Walaupun hakikatnya, sudah lama saya tidak berkarya.

Hari pertama di hostel, banyak perkara baru yang saya lalui. Solat mesti berjemaah, kelas prep dan banyak lagi. Minggu pertama di asrama, saya selalu bangun pada seawal 4.30 pagi. Saya hampir terlelap di dalam kelas kerana kurang tidur. Pada waktu makan pula, saya kurang berselera dengan menu yang disediakan. Saya bukannya memilih sangat, tetapi apabila makanan tidak kena pada selera. Memang saya tidak boleh buat apa.

Dormates saya pula, alhamdulillah semuanya baik-baik. Semua sangat memahmi. Cuma, mengambil masa jugalah untuk saya sesuaikan diri. Sisa-sisa demam saya masih belum mahu pergi. Mungkin disebabkan cuaca juga. Baiklah, tibalah masa untuk saya mengundur diri.

"Setiap kesulitan ada kesenangan"