1 2

Wednesday 21 May 2014

Kembali

Teks: Syahmi MS

Bismillah.

Assalamualaikum. Pertama sekali, saya mahu mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru yang mengajar saya di sekolah rendah dan di sekolah menengah. Tanpa kalian, saya tidak mungkin dapat mengejar mimpi. Termasuklah, cikgu online saya, Puan Mazlia Murat. Beliau banyak membantu dan mencurahkan ilmu kepada saya, tidak kurang juga dorongan yang diberikan. Maaf, sekiranya, saya banyak menyusahkan puan. Halalkan ilmu yang telah dicurahkan. Tidak perlu tengok kalendar dua-tiga kali. Memang, saya sudah terlajak tarikh ucapan Selamat Hari Guru kerana kekangan masa. >_<

Pada bulan Mei, sekali lagi saya telah membuat rekod baru! Penyakit tonsil saya berulang lagi. Telan air liur sahaja macam telan batu. Kalau ikutkan doktor, tonsil saya perlu dibuang. Tetapi, awal-awal lagi saya sudah geleng kepala. Saya memang tidak suka pergi ke hospital! Alhamdulillah, selepas membuat sedikit carian di Internet, saya dapat gunakan petua-petua yang ada untuk menyembuhkan penyakit yang dihadapi sekarang ini. Hasilnya, bolehlah tahan. Tidaklah terlalu merana sangat. Itu pun sebab saya selalu langgar pantang.

Peperiksaan Pertengahan Tahun telah pun tamat sehari yang lalu, saya bolehlah selalu jenguk blog ini dan boleh mencoret pada bila-bila masa. Soalan-soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun sememangnya lebih susah dan lebih mencabar daripada soalan-soalan Peperiksaan Bulan Mac. Walaupun hakikatnya begitu, rakan-rakan sekelas masih lagi boleh meletakkan kepala di atas meja. Apa-apa pun saya harap, keputusan peperiksaan saya lebih bagus berbanding keputusan yang peperiksaan yang lalu. Amin.

Baiklah, tibalah masanya untuk saya mengundur diri. Salah dan silap harap dimaafi.

1 comment:

  1. Bagusnya... pandai mendahulukan apa yang perlu didahulukan. Semoga terus cemerlang dalam pelajaran mahupun bidang penulisan.

    ReplyDelete