1 2

Thursday 15 May 2014

Ulasan Buku: E-Book 101 Tip Penulisan Novel

Teks: Syahmi MS
Foto: Google Image


Tip 101
Usaha, doa, tawakal.
Bagi yang beragama Islam, doa adalah senjata orang Mukmin.
Selepas kita berusaha bersungguh-sungguh, kita berdoa, dan berserah
kepada yang maha Esa.
Sama ada kita berjaya menjadi penulis prolifk dan best seller ataupun tidak,
itu bergantung pada rezeki yang ditetapkan untuk kita.
Berlapang dada menerima ketentuan-Nya.


Bagaimana mahu menulis novel? Soalan itu sering berlegar-legar di minda. Minat untuk menjadi penulis sudah ada tetapi tidak didedahkan caranya dengan lebih terperinci. Alhamdulilah, apabila mendaftar Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif dengan Puan Mazlia Murat, saya diberikan E-Book 101 Tip Penulisan Novel berserta bonus yang mengandungi 3 E-Book yang lain.

Walaupun, pada mulanya saya menghadapi kesukaran untuk membahagi masa belajar dengan menulis. Saya tetap berusaha. Kita diberi masa 24 jam. Dalam 24 jam itu banyak perkara yang akan berlaku dan banyak juga perkara yang kita lakukan. Itu tidak termasuk lagi masa yang kita habiskan dengan sia-sia. Ertinya, tidak mustahil untuk kita berjaya. Selepas dicongak-congak, E-Book 101 Tip Penulisan Novel ini hanya memakan masa 4 jam untuk dibaca. Biar berkorban masa sedikit untuk mengejar pelangi. 

Kelebihan E-Book?

Kelebihan E-Book ini terletak pada isi kandungannya. Setiap bab dihurai dan dikupas dengan baik agar pembaca dapat memahami perkara yang disampaikan. E-Book ini juga menggunakan bahasa yang mudah dan santai serta isi yang ringkas dan padat.

Keistimewaan E-Book?

Bab 4, Merangka Cerita. Bab ini disertakan bersama-sama diagram bertujuan untuk memudahkan pembaca membuat rujukan. Sebagai contoh, diagram tulang ikan, KJ Method dan sebagainya.

Apa yang saya dapat selepas membaca E-Book ini?

Selepas membaca E-Book ini, matlamat saya lebih jelas. Rupa-rupanya, ada beberapa perkara yang saya tidak tahu dalam dunia penulisan dan perkara itu tidak boleh diambil mudah. Mahu tahu apakah perkara yang dimaksudkan? Dapatkan E-Book ini segera! Di samping itu, kerja-kerja penulisan saya juga menjadi lebih mudah. Mahu atau tidak mahu terletak pada diri sendiri.

Kesimpulannya, E-Book ini banyak membantu saya bukan sahaja dari segi dalaman tetapi dari segi luaran juga. Apa yang penting, niat dan tindakan perlu selaras kerana kedua-duanya memainkan peranan yang penting dalam mengejar kejayaan. 



No comments:

Post a Comment