Teks: Syahmi MS
Bismillah. Sudah lama saya tidak menulis di blog serba hitam ini. Akibat sibuk dengan dunia luar, minat yang dipupuk sejak kecil ini makin pudar dibuatnya.
Sebenarnya, saya tidak ada kisah yang mahu dikongsikan (sebenarnya ada), tetapi saya paksa juga untuk menulis supaya terbiasa. Walaupun beberapa perenggan sahaja.
Masa cuti ini, saya isi dengan menimba ilmu. Ilmu? Macam-macam ilmu yang saya kumpul dan insya-Allah ilmu itu dapat memberi manfaat di dunia untuk dibekalkan kepada akhirat.
Hari demi hari berlalu, tinggal lebih kurang dua minggu lagi sahaja sebelum sekolah bermula. Ini memaksa saya untuk berdepan dengan realiti. Saya akan menduduki PT3. Rasa bercampur-baur. Gelisah, gementar, berdebar? Rasanya perasaan itu sudah mula bersarang dalam hati. Namun, saya tahu Allah itu ada di segenap penjuru. Minta sahaja pada Allah pasti ada jawapannya.
Baiklah, tiba masa untuk saya mengundur diri.
Friday, 19 December 2014
Wednesday, 24 September 2014
Aku, Dia & Matematik
Teks: Syahmi MS
Foto: Google Image
Bismillah. Untuk entri kali ini, saya mahu kongsi mengenai kehidupan saya sebagai pelajar. Memang tidak dinafikan, naik-turun-naik-turun (betul atau tidak ya, tanda baca saya?) dalam pelajaran ini sentiasa ada. Keperitan belajar ini memang menyeksakan! Namun, tidak sanggup pula saya untuk terjerumus dalam dunia kejahilan. Banyak kata-kata motivasi yang saya lontarkan kepada minda.
Peristiwa yang berlaku semalam ini, saya kongsikan sebagai peringatan untuk diri sendiri bahawa kita tidak keseorangan. Allah ada untuk menemani. Allah ada untuk mengasihi. Allah ada untuk mengampuni. Sebenarnya, karakter saya di sekolah amatlah berbeza dengan di rumah. Kalau di rumah saya seorang yang periang dan gila-gila. Di sekolah, saya alim-alim panda dan pendiam orangnya. Jadi, sifat saya itu meletakkan diri ini dalam situasi yang rumit.
Saya tidak ada kekuatan mahu bertanya. Saya tidak bersedia untuk bersemuka dengan guru. Akhirnya, saya terkulat-kulat sendiri, berforum dengan hati. Barulah, tergedik-gedik mahu menangis bila tidak faham apa yang guru ajarkan.
Baru sahaja jawab soalan yang pertama, saya sudah tidak senang hati. Mungkin ini balasan untuk dosa-dosa yang telah saya lakukan. Setelah lama menunggu, saya memutuskan untuk melelapkan diri seketika kerana jam pada waktu itu sudah berganjak menunjukkan pukul 11 malam dan saya bangun semula pada pukul 3 pagi.
Alhamdulillah, setelah ulang membaca soalan itu dua-tiga kali. Saya sudah faham apa yang perlu dicari, apa yang perlu dibaiki. Keadaan yang syahdu itu, membuatkan hati saya berasa tenteram. Walaupun pada akhirnya ada juga soalan-soalan Matematik yang saya tinggalkan, saya pujuk diri supaya tidak berputus asa. Bukan mudah mahu mendaki gunung dalam masa yang singkat.

Thursday, 4 September 2014
Ulasan Buku: Gantung
Teks: Syahmi AS
Foto: Google Image
Assalamualaikum. Baru saya perasan sudah dua bulan saya tidak menulis entri! Rasa sangat kekok dan tiba-tiba rasa kosong. Padanlah, sudah lama jari-jari ini tidak mahu bekerjasama. Saya mengaku rasa tergerak hati mahu kemas-kini blog itu ada. Cuma, saya kerap kali terlupa. Syukur pada Allah, kerana mengingatkan saya masih ada perkara yang belum selesai. Sebenarnya, saya mahu tulis cerpen dahulu, tetapi saya memilih untuk menulis entri di blog sahaja, sekadar untuk panaskan badan.
Baiklah, mangsa reviu kali ini ialah Gantung. Ya, saya juga agak terkejut. Saya tidak pernah baca novel yang bergenre indie sebelum ini. Jadi, mula-mula saya ingatkan susah untuk sesuaikan diri. Jangkaan itu meleset. Novel bergenre indie pertama yang saya baca ialah Kelabu. Muka suratnya, (sudah tidak ingat berapa) dalam anggaran 400 lebih. Apa yang mampu saya ungkapkan selepas usai membaca adalah saya perlu baca lebih banyak lagi novel seperti ini!
Baiklah-baiklah, mari mulakan reviu.
Tajuk: Gantung
Penulis: Nadia Khan
Penerbit: Fixi
Blurb:

"Musketeer Code - no all for one, just one for all."
Gibbs, Ray, KJ dan Troll – sekumpulan pelajar lelaki paling popular dan paling akrab di sebuah sekolah asrama elit. Mereka berempat mencipta Musketeer Code - peraturan yang tidak membenarkan sesiapa antara mereka mempunyai steady girlfriend, tetapi sebarang skandal amat dialu-alukan untuk dikongsi oleh semua.
Sehinggalah peraturan itu dilanggar... dan seorang awek psiko mencetuskan tragedi yang bakal menghantui hidup mereka semua.
Ulasan:
Jujur, saya katakan. Saya ingat novel ini bekisar tentang remaja sahaja. Playboy dan sekali yang sama jenis dengannya, sampai saya tidak tahu kejutan yang banyak mempengaruhi saya! Saya memang takut untuk ke mana-mana kerana dihantui novel ini. Saya juga hampir-hampir tidak mahu menghabiskan novel ini kerana ada adengan yang tidak manis dibaca. Namun, saya kuatkan hati dan buka minda untuk menerima dengan reda. Di akhir cerita, saya dihantar satu hikmah yang sangat indah. Hikmah yang mengingatkan saya, siapa diri ini. Apa yang saya faham tentang novel ini, kita tidak patut pentingkan diri dan sentiasa reda dengan qada' dan qadar. Saya sangat suka cara penulis susun plot. Memang menakjubkan! Saya juga syorkan novel ini dibaca, difahami dan dikaji. Kita tidak boleh menilai sesuatu itu dengan mata kasar.
Sunday, 29 June 2014
Ramadan #1
Teks: Syahmi MS
Foto: Google Image
Bismillah.
Assalamualaikum. Bagaimana hari pertama puasa? Saya doakan semuanya baik-baik sahaja. Tiada perkara yang buruk berlaku. Alhamdulillah, hari pertama puasa saya berjalan lancar dengan izin-Nya.
Pada hari ini, saya belajar satu pengajaran. Pengajaran yang sangat mendalam. Pengajaran yang sangat bermakna. Pengajaran yang membuka hati saya, iaitu utamakan yang utama. Dalam hidup ini, banyak perkara yang perlu dilakukan.
Oleh itu, Allah kurniakan akal supaya kita dapat berfikir. Susun satu-satu perkara mengikut keutamaanya. Yang dahulu didahulukan. Saya tulis entri ini sebagai ingatan untuk diri sendiri. Semoga, Allah memberkati setiap kebaikan yang kita lakukan.

Thursday, 26 June 2014
Wordless Thursday
Teks: Syahmi MS
Foto: Google Image
Assalamualaikum. Insya-Allah lebih kurang dua hari sahaja lagi, bulan Ramadan akan tiba. Moga Ramadan kali ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Kalau tidak hari ini saya mahu tulis cerita. Tetapi, ilham belum sampai, idea belum cukup dan tiba-tiba keinginan saya hilang macam chipsmore. Sudah terang lagi bersuluh, saya sudah terkena writer block! Ada sesetengah pihak kata, writer block itu tidak wujud. Ada yang kata tidak. Apa yang pasti, saya memang perlu sesuatu yang menginspirasikan.
Jadi, blog jugalah tempat saya meluahkan bicara. Sementara saya menulis, saya mahu buka Google Image untuk mencari gambar atau quote yang menginspirasikan.
....
....
...

Akhirnya, saya memilih gambar ini. Warnanya menenangkan jiwa. Sejuk mata memandang. Baiklah, saya malas mahu menaip lagi. Saya minta diri dahulu.
Wednesday, 25 June 2014
KONGSI #1
Teks: Syahmi AS
Foto: Facebook
Assalamualaikum. Mari dapatkan Antologi Janin hasil garapan beberapa penulis termasuk Anis Sakinah Azizan, salah seorang sunbae saya dalam kelas penulisan.
Foto: Facebook
Assalamualaikum. Mari dapatkan Antologi Janin hasil garapan beberapa penulis termasuk Anis Sakinah Azizan, salah seorang sunbae saya dalam kelas penulisan.
Wednesday, 28 May 2014
Little Star
Teks: Syahmi AS
Read more: http://www.kpoplyrics.net/akmu-little-star-lyrics-english-romanized.html#ixzz330oAWV3W
Follow us: @kpoplyrics_net on Twitter | kpoplyricsnet on Facebook
Sumber: Internet.
Info:
Little Star- Akdong Musician
Sumber: Youtube.
English Translation:
At night when you hear a girl’s prayer from somewhere
It’ll be the sleeptalk of a small star
At night when you hear a boy’s love confession
It’ll be the tossing of a small star
It’ll be the sleeptalk of a small star
At night when you hear a boy’s love confession
It’ll be the tossing of a small star
When I look at the night sky sometimes
Shapes of light that I haven’t seen before float around
Shapes of light that I haven’t seen before float around
Is that an artificial satellite? I wish it was a star
Stars never go away, we just can’t see it
It’s just that the old sky’s eyes have gotten dim
The stars still shine
Stars never go away, we just can’t see it
It’s just that the old sky’s eyes have gotten dim
The stars still shine
Twinkle twinkle little star, please shine on me
How about now? Am I okay looking now?
The east sky and the west sky, all skies are
Headed toward me
How about now? Am I okay looking now?
The east sky and the west sky, all skies are
Headed toward me
Please let my star rise on your night
Please let my star rise on your night
Please let my star rise on your night
Please let my star rise on your night
Please let my star rise on your night
Please let my star rise on your night
Please let my star rise on your night
Star, beautiful star, how can I shine like you, star?
Will I be able to be someone’s star as well?
Star, beautiful star, if I could, I want to shine as well
I want to be a small star that shines on someone
Will I be able to be someone’s star as well?
Star, beautiful star, if I could, I want to shine as well
I want to be a small star that shines on someone
Twinkle twinkle little star, please shine on me
How about now? Am I okay looking now?
The east sky and the west sky, all skies are
Headed toward me
How about now? Am I okay looking now?
The east sky and the west sky, all skies are
Headed toward me
Read more: http://www.kpoplyrics.net/akmu-little-star-lyrics-english-romanized.html#ixzz330oAWV3W
Follow us: @kpoplyrics_net on Twitter | kpoplyricsnet on Facebook
Saya suka dengar lagu ini. Lagu ini seperti sambungan daripada lagu Twinkle Twinkle Little Star. Cuma plotnya ditukar. Selepas mengetahui, apa itu makna bintang yang sebenarnya. Dalam lagu ini pula, watak melahirkan keinginan untuk menjadi seperti bintang kecil itu supaya dia dapat menyinari hati manusia.
Sedikit biodata tentang Akdong Musician.
Akdong Musicia (악동 뮤지션)
Name (Real Name): Lee Chan-hyuk (Lee Chan-hyuk)
Hangul: 이찬혁
Position: Vocal, Composer
Birthday (Y.M.D): 96.10.12
Nationality: Korean
Name (Real Name): Lee Soo-hyun (Lee Soo-hyun)
Hangul: 이수현
Position: Vocal
Birthday (Y.M.D): 99.05.04
Nationality: Korean
Sumber: Internet.
Info:
Akdong Musician (Korean: 악동뮤지션, also known as AKMU) is a South Korean duo under YG Entertainment, consisting of siblings Lee Chan-hyuk (Korean: 이찬혁) and Lee Soo-hyun (Korean: 이수현). They won the second installment of the K-pop Starseries.[4]
Akdong Musician's album was released online on April 7 while physical copies of the album were released on April 9. The debut album of AKMU, "Play" has more than three million downloads.
Ulasan Buku: Miss K-Pop
Teks: Syahmi AS
Foto: pts.com.my
Foto: pts.com.my
Tajuk: Miss K-Pop
Penulis: Nur Izzati
Rating buku: saya bagi 4 sebab saya suka K-Pop.
Blurb:
Aleena seorang gadis yang ceria, tetapi kuat berangan. Aleena sangat meminati Hyuna, artis popular Korea. Demi menunaikan impiannya, dia sanggup melakukan apa sahaja, tetapi pergerakannya terbatas kerana dia masih bersekolah. Disebabkan terlalu obses dengan K-pop, Aleena gagal dalam pelajaran. Ayahnya menetapkan syarat, sekiranya ingin bercuti di Korea, dia perlu mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Suatu hari, Aleena mencuba nasib dengan menyertai peraduan Mi Ramyun yang menawarkan hadiah percutian di Korea. Ikuti perjalanan Aleena dalam menghadapi setiap cabaran dalam Miss K-Pop.
Ulasan:
Semasa dalam proses membaca buku ini, saya kerap kali terkagum dan terkaku malu. Kagum kerana penulisnya baru berusia 9 tahun tetapi karya sudah hebat begini! Karya sulung pula itu. Saya terkaku malu pula kerana saya sudah berusia 13 tahun (belum sampai hari lahir yang ke-14 saya lagi) tetapi masih tidak mempunyai hasil dalam bidang penulisan novel.
Pertama kali bertentang mata dengan kulit buku ini, saya jadi tidak keruan! Saya mesti dapatkanya! SAYA MESTI DAPATKANNYA! Balik sahaja dari sekolah, saya terus ajak ibu untuk pergi ke kedai buku Popular. Malangnya, apa yang saya inginkan masih lagi tiada di rak buku novel remaja. Memang betullah, Allah itu perancang yang baik.
Seminggu sebelum saya mahu mula menduduki peperiksaan, saya berpeluang untu pergi ke kedai buku Hasani pula. Asal tujuan saya, mahu beli buku latihan dan rujukan. Study Last Minute! Alang-alang sudah sampai di kedai buku, saya tidak segan membelah arus yang bertentangan dari rak buku latihan. Alhamdulillah, saya dapat rembat dua novel penulis Tunas Super iaitu Miss-Kpop dan Cupcake Girl.
Apa yang membuatkan novel ini berbeza dari novel yang pernah saya baca adalah, jalan ceritanya yang membuatkan orang yang membaca dapat bersama-sama melancong ke Korea. Huhu... ini yang saya suka! Selain itu, ada juga diselitkan panduan untuk melancong ke Korea dan pengiraan nilai mata wang negara Korea (won). Secara tidak langsung, pembaca juga dapat mengenali budaya dan dapat mempelajari ungkapan-ungkapan yang biasa dituturkan oleh masyarakat Korea. Mahu merasai sendiri, bagaimana perasaan melancong ke Korea? Dapatkan novel Miss-Kpop ini segera! ^^
Thursday, 22 May 2014
Mucuk: Seekor kucing yang berani
Teks: Syahmi MS
Gambar: Koleksi peribadi
Gambar: Koleksi peribadi
Mucuk: 2011-2014
Perginya Mucuk dari dunia ini, menyebabkan hati saya hancur luluh. Mana tidaknya, kalau selama ini saya begitu takut dengan kucing berubah menjadi pencinta kucing sejak Mucuk hadir mewarnai kehidupan ini. Mucuk kucing yang berani. Mengapa saya berani mengatakan sebegitu? Ini jawapan, Mucuk datang dan pergi dengan keberanian. Semasa dijumpai, Mucuk tidur lena di sisi anjing. Selepas membesar dengan sihat, Mucuk berani mempertahankan dirinya sehingga tidak sedar dirinya sudah tercedera. Mucuk... Mucuk tunggu saya di syurga ya? Amin.... :'(
Wednesday, 21 May 2014
Kembali
Teks: Syahmi MS
Bismillah.
Assalamualaikum. Pertama sekali, saya mahu mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru yang mengajar saya di sekolah rendah dan di sekolah menengah. Tanpa kalian, saya tidak mungkin dapat mengejar mimpi. Termasuklah, cikgu online saya, Puan Mazlia Murat. Beliau banyak membantu dan mencurahkan ilmu kepada saya, tidak kurang juga dorongan yang diberikan. Maaf, sekiranya, saya banyak menyusahkan puan. Halalkan ilmu yang telah dicurahkan. Tidak perlu tengok kalendar dua-tiga kali. Memang, saya sudah terlajak tarikh ucapan Selamat Hari Guru kerana kekangan masa. >_<
Pada bulan Mei, sekali lagi saya telah membuat rekod baru! Penyakit tonsil saya berulang lagi. Telan air liur sahaja macam telan batu. Kalau ikutkan doktor, tonsil saya perlu dibuang. Tetapi, awal-awal lagi saya sudah geleng kepala. Saya memang tidak suka pergi ke hospital! Alhamdulillah, selepas membuat sedikit carian di Internet, saya dapat gunakan petua-petua yang ada untuk menyembuhkan penyakit yang dihadapi sekarang ini. Hasilnya, bolehlah tahan. Tidaklah terlalu merana sangat. Itu pun sebab saya selalu langgar pantang.
Peperiksaan Pertengahan Tahun telah pun tamat sehari yang lalu, saya bolehlah selalu jenguk blog ini dan boleh mencoret pada bila-bila masa. Soalan-soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun sememangnya lebih susah dan lebih mencabar daripada soalan-soalan Peperiksaan Bulan Mac. Walaupun hakikatnya begitu, rakan-rakan sekelas masih lagi boleh meletakkan kepala di atas meja. Apa-apa pun saya harap, keputusan peperiksaan saya lebih bagus berbanding keputusan yang peperiksaan yang lalu. Amin.
Baiklah, tibalah masanya untuk saya mengundur diri. Salah dan silap harap dimaafi.

Thursday, 15 May 2014
Ulasan Buku: E-Book 101 Tip Penulisan Novel
Teks: Syahmi MS
Foto: Google Image
Foto: Google Image
Tip 101
Usaha, doa, tawakal.
Bagi yang beragama Islam, doa adalah senjata orang Mukmin.
Selepas kita berusaha bersungguh-sungguh, kita berdoa, dan berserah
kepada yang maha Esa.
Sama ada kita berjaya menjadi penulis prolifk dan best seller ataupun tidak,
itu bergantung pada rezeki yang ditetapkan untuk kita.
Berlapang dada menerima ketentuan-Nya.
Bagaimana mahu menulis novel? Soalan itu sering berlegar-legar di minda. Minat untuk menjadi penulis sudah ada tetapi tidak didedahkan caranya dengan lebih terperinci. Alhamdulilah, apabila mendaftar Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif dengan Puan Mazlia Murat, saya diberikan E-Book 101 Tip Penulisan Novel berserta bonus yang mengandungi 3 E-Book yang lain.
Walaupun, pada mulanya saya menghadapi kesukaran untuk membahagi masa belajar dengan menulis. Saya tetap berusaha. Kita diberi masa 24 jam. Dalam 24 jam itu banyak perkara yang akan berlaku dan banyak juga perkara yang kita lakukan. Itu tidak termasuk lagi masa yang kita habiskan dengan sia-sia. Ertinya, tidak mustahil untuk kita berjaya. Selepas dicongak-congak, E-Book 101 Tip Penulisan Novel ini hanya memakan masa 4 jam untuk dibaca. Biar berkorban masa sedikit untuk mengejar pelangi.
Kelebihan E-Book?
Kelebihan E-Book ini terletak pada isi kandungannya. Setiap bab dihurai dan dikupas dengan baik agar pembaca dapat memahami perkara yang disampaikan. E-Book ini juga menggunakan bahasa yang mudah dan santai serta isi yang ringkas dan padat.
Keistimewaan E-Book?
Bab 4, Merangka Cerita. Bab ini disertakan bersama-sama diagram bertujuan untuk memudahkan pembaca membuat rujukan. Sebagai contoh, diagram tulang ikan, KJ Method dan sebagainya.
Apa yang saya dapat selepas membaca E-Book ini?
Selepas membaca E-Book ini, matlamat saya lebih jelas. Rupa-rupanya, ada beberapa perkara yang saya tidak tahu dalam dunia penulisan dan perkara itu tidak boleh diambil mudah. Mahu tahu apakah perkara yang dimaksudkan? Dapatkan E-Book ini segera! Di samping itu, kerja-kerja penulisan saya juga menjadi lebih mudah. Mahu atau tidak mahu terletak pada diri sendiri.
Kesimpulannya, E-Book ini banyak membantu saya bukan sahaja dari segi dalaman tetapi dari segi luaran juga. Apa yang penting, niat dan tindakan perlu selaras kerana kedua-duanya memainkan peranan yang penting dalam mengejar kejayaan.
Saturday, 26 April 2014
Nikmat
Teks: Syahmi MS
Foto: Google Image
Bismillah.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, saya berkesempatan untuk menulis dalam keadaan yang tidak dijangka ini. Menulis adalah terapi jiwa bagi saya. Biarlah saya mencuri masa sebentar daripada kembali menyibukkan diri dengan kerja sekolah.
Pelajar dan kerja sekolah, amat rapat. Tidak boleh dipisahkan. Tidak boleh berenggang. Setiap hari ada sahaja, kerja sekolah yang datang bertandang. Bezanya, jumlah kerja sekolah yang perlu disiapkan itu sedikit atau banyak.
Terkadang hati ini akan meberontak hebat. Pada masa itu, timbul soalan demi soalan yang boleh menyebabkan seseorang itu tertekan. Banyak perkara yang difikirkan. Fikiran berserabut. Tetapi saya sedar. Bukan semua orang yang dapat merasai nikmat ini. Nikmat untuk menyiapkan kerja sekolah. Nikmat dapat bersekolah. Nikmat mempunyai ibu bapa. Nikmat dapat berlindung di dalam rumah. Nikmat hidup.
Ramai lagi manusia yang tidak bernasib baik menginginkan kehidupan sebagai pelajar. Mereka dahagakan ilmu. Sedangkan saya... setiap hari merungut. Perlukah saya pergi ke sekolah? Banyaknya kerja rumah yang perlu disiapkan! Jadi, saya nekad untuk menanam sifat sentiasa bersyukur dalam hati. No more excuses! Baiklah, saya ada banyak lagi kerja rumah yang perlu diselesaikan dan saya sangat gembira.

Friday, 4 April 2014
Bungkusan Dari Syurga
Teks: Syahmi MS
Foto: Google Image
Hilal menarik-narik baju si ibu, meminta
supaya ibunya mendekatkan telinga, “Ibu, saya mahu beli komik ini.” Dia
menunjukkan komik yang berada di tangan. Puan Badariah hanya tersenyum sebelum
memeriksa dompetnya. Namun, apabila diperiksa wangnya tidak mencukupi mahu
membayar harga komik itu. Hilang serta-merta senyuman yang tadi menghiasi
bibirnya.
Tangan wanita yang berumur hujung 40 tahun
itu pantas mencuit Zarina, anak sulungnya. “Pinjamkan dahulu wang kamu, nanti
ibu bayar ya. Adik kamu mahu beli komik.” Permintaan si ibu hanya dibalas dengan jelingan sinis
kepada adiknya.
“Kau bukannya tahu membaca pun. Tidak usahlah
meminta yang bukan-bukan!” balas si kakak sebelum berlalu pergi ke bahagian
alat tulis pula. Menyedari riak muka Hilal berubah mungkin terasa dengan
percakapan kakaknya yang tidak bertapis, Puan Badariah segera memeluknya erat.
Benar. Walaupun Hilal sudah berusia 9 tahun, dia masih tidak dapat membaca
kerana dia dihantar ke sekolah tahfiz sejak kecil. Sekurang-kurangnya, Hilal
pandai membaca al-Quran dan sudah mula menghafaz beberapa juzuk.
“Nanti apabila ibu sudah dapat gaji, ibu
belikan seberapa banyak komik yang Hilal mahu ya? Hilal perlulah sabar. Sabar
itukan separuh daripada iman?” Nasihat Puan Badariah diterima dengan anggukan.
****
“Eh, Hilal tidak tidur lagi?” Kerja-kerja
menjahitnya ditolak ke tepi supaya Hilal dapat duduk di pangkuannya.
“Belum lagi. Ibu… esok ibu tolong belikan
komik yang Hilal tunjukkan semalam ya? Hilal mahu beri hadiah buat kakak
sempena hari lahirnya nanti,” pinta Hilal sambil menyerahkan seplastik wang
syiling kepada ibunya.
Ketika itu, Puan Badariah dapat merasakan
rasa sebak menyelubungi dirinya. Dia cuba menahan air mata yang bertakung di
pelupuk mata yang pada bila-bila masa sahaja akan turun membasahi pipi. “Hilal
dapat dari mana wang sebanyak ini?” tanya Puan Badariah, nada suaranya dikawal
supaya dapat menutup rasa sedih yang menghambat hati.
“Hilal menabung setiap hari,” balasnya
sebelum tangan pantas menekup mulutnya yang menguap kerana mengantuk.
“Baik anak ibu ini, pergilah masuk tidur.
Esok ibu janji akan belikan komik yang Hilal minta. Ibu akan siap balut.” Hilal
mengangguk teruja. Selepas itu, dia mencium tangan ibunya sebelum menenyeh mata
yang pedih. Langkah kakinya diayun menuju ke bilik tidur.
Air mata yang ditahan, akhirnya gugur juga.
Terselit rasa kagum dengan anak bongsunya yang satu itu. Tidak langsung
mengambil hati dengan sikap dingin oleh kakaknya ketika berada di kedai buku semalam. Mereka berdua memang tidak pernah sehaluan. Namun, si adik selalu
mencuba untuk merapatkan jurang pemisah antara mereka berdua. Kerja-kerja
menjahit yang tergendala tidak mahu disentuh lagi, sebaliknya Puan Badariah
mengorak langkah menuju ke bilik tidur Hilal.
Kelihatan Hilal tidur dengan dahinya yang
berkerut seperti sedang bermimpikan sesuatu yang buruk. Puan Badariah cepat
bertindak dengan menepuk lembut paha anak bongsunya. Terserlah sifat keibuannya
pada malam yang penuh syahdu itu. Bagaikan terkena sentuhan magis ibunya.
Serta-merta, kerutan pada dahi Hilal perlahan-lahan mengendur. Puan Badariah
menyelimuti anaknya sebagai sentuhan terakhir sebelum menutup daun pintu bilik
tidur itu.
****
“Zarina, ibu pergi hantar adik. Sarapan, ibu
sudah sediakan,” laung Puan Badariah dari luar rumah. Dia terpaksa berbuat demikian kerana sudah lewat untuk menghantar Hilal ke sekolah
tahfiz. Zarina pula liat sungguh untuk bangun. Walhal, sudah tujuh kali Puan
Badariah kejutkan Zarina untuk solat Subuh. Tubuhnya masih dibalut selimut.
Tiada ada tanda-tanda mahu bangun ataupun membuka mata. Enjin kereta
dihidupkan. Sebelum membelah kesesakan jalan raya, Hilal sendiri yang
membacakan doa menaiki kenderaan.
“Ibu jangan lupa ambil Hilal nanti ya? Hilal
mahu sambut hari jadi Kak Zarina juga.” Suara Hilal memecahkan suasana hening
dalam kereta.
“Mestilah, mana mungkin ibu boleh lupa anak
yang seorang ini.” Hilal pantas memeluk lengan ibunya, mahu bermanja-manja.
“Ibu janji ya!” Puan Badariah tertawa kecil
sambil mengangkat tangan tanda sumpah setia. Matanya kembali fokus kepada
pemanduan apabila lampu isyarat merah bertukar hijau.
****
Hari Jadi Zarina
“Ish.. mana semua orang ini? Tidak
mungkin lupa hari yang paling penting sekali?” Mulut Zarina asyik menuturkan
ayat yang sama setelah lama menunggu kelibat adik dan ibunya. Kepalanya
berserabut apabila kek hari jadi yang sepatutnya menghiasi meja makan masih tidak
ada. Keningnya bertaut apabila Puan Badariah yang mengambil Hilal dari sekolah
masih tidak pulang! Kepalanya yang berselirat itu ditenangkan dengan jawapan
yang sengaja direka. Mungkin Puan Badariah mahu membuat kejutan istimewa buat
dirinya. Mungkin ibunya merancang untuk membawanya membeli-belah sebagai hadiah
hari jadi, Hilal di sekolah dilawat terlebih dahulu sebelum ditinggalkan
sendirian kerana tidak mahu adiknya yang banyak songeh itu cemburu. Ya. Dua
jawapan itu direka sebagai penyedap hati. Dua jawapan itulah yang membuatkan
hidungnya terkembang-kembang senang hati.
Sesi mengembangkan hidung itu terus terhenti
apabila kedengaran pintu dibuka dengan rakus. Susuk tubuh wanita itu sepertinya
terkocoh-kocoh mahu masuk ke dalam rumah bagai dikejar oleh hantu. Matanya
meliar memerhati segenap ruang rumah. Pandangannya terlekat kukuh pada wajah
Zarina.
Dengan nada cemas Puan Badariah berkata, “Mengapa tidak angkat telefon? Ibu telefon Zarina 20 kali tahu?”
“Mengapa pula dengan ibu? Tiba-tiba sahaja, melenting
Mana pula perginya budak yang banyak songeh itu?” Zarina pula membalas kasar
soalan ibunya. Memang benar, tadi telinganya ada juga menangkap bunyi telefon
rumah berdering tetapi dia lebih leka melayari laman sosial Facebook.
Selepas lama beristighfar, Puan Badaraiah
meyambung lagi, kali ini nadanya lebih tenang, “Mengucap Zarina... Hilal tiada
lagi pun kamu masih mahu membencinya? Kamu masih mahu bersikap dingin dengan
dia? Ibu pun tidak tahu lagi, apa dosanya kepada kamu?” Luahan hati Puan
Badariah itu berjaya membuatkan Zarina tersentak. Gelas ditangannya jatuh pecah
berderai.
Bagai tidak percaya. Baru seminggu yang lalu
adiknya berada di rumah ini tetapi apabila mengetahui berita yang adik sudah
tiada, hatinya bagai dikoyak-koyak. Selama adiknya masih hidup, dia tidak
pernah menghargai walau sekecil zarah nikmat yang Allah beri. Kini, sudah
terlewat. Nikmatnya ditarik semula atas sikapnya sendiri pada hari jadinya.
Puan Badariah segera mendapatkan Zarina yang
terduduk sambil memeluk lututnya lalu dia menghulurkan bungkusan hadiah yang
dibalut kemas.
“Adikmu seorang syahid. Bangunan sekolah
tempat adik belajar terbakar akibat litar pintas. Tiada siapa yang terselamat,”
Puan Badariah menjelaskan sebelum menyuruh Zarina membuka hadiah itu. Terdapat
sebuah komik dan surat di dalamnya. Tanpa lengah, dia membaca isi kandungan
surat itu.
Kak Zarina yang disayangi,
Selamat hari jadi! Kak Zarina sudah
tua ya? Hihi… Hilal harap Kak Zarina suka dengan hadiah yang Hilal beri ini.
Nanti, Kak Zarina bacakan untuk Hilal ya? Semoga Kak Zarina diberkati Allah dan
dipanjang umur.
p/s: Hilal tulis surat ini sendiri.
:)
Air mata berjurai-jurai mengalir di pipi.
Surat itu digenggam erat. “Maafkan Zarina, ibu! Maafkan kakak, Hilal!” Zarina meraung. Esakannya kian kuat. Dia sangat
mengharap agar Hilal dapat mendengar ucapan maafnya. Dia menggeleng berkali-kali seperti tidak mahu kejadian itu berlaku. Puan Badariah yang berada di
sisi menenangkan anak sulungnya. Tetapi takdir sudah tertulis, tidak mungkin
dapat diubah.
Sebuah Penantian
Teks: Syahmi MS
Perasaan rinduku akan ibu dan ayah makin membuak-buak,
seiring dengan air mata yang berjurai-jurai bergelinangan di pipi. Aku tidak
berdaya untuk berbuat apa-apa kecuali berdoa. Kedua-dua tanganku menadah doa. Berdoa kepada maha Pencipta.
Berdoa supaya pesawat MH370 ditemui. Berdoa supaya ibu dan ayah sentiasa
dilindungi.
****
“Jadi, kami adik-beradik tidak boleh ikut ibu dan
ayah?” soalku, berharap agar ibu dan ayah mempertimbangkan semula permintaanku.
“Tidak boleh. Ibu dan ayah pergi sekejap sahaja kerana urusan kerja. Lagipun, cuti sekolah masih ada lagi, nanti kita sekeluarga boleh bercuti
sepuas-puasnya,” jelas ibu dengan jawapan yang masih sama. Setiap kali itu
juga, aku akan menghela nafas berat. Aku cuba menerima dengan hati yang terbuka.
"Ibu memang tidak sayangkan Alisha lagi bukan? Ayah pun sama! Mesti ayah sudah ada Alisha yang baru. Jadi, ayah mahu tinggalkan Alisha di sini!" bentak adik bongsuku secara tiba-tiba. Kemudian, Alisha menangis sambil berlari meluru ke biliknya.
Sedari tadi, Ikhwan yang mesra dengan panggilan Angah hanya membatukan diri di sofa. Riak mukanya yang tenang itu jelas terselit perasaan hampa.
"Sebentar lagi, Pak Su datang. Sepanjang ibu dan ayah berada di Beijing, dia akan jaga kamu semua. Kamu semua jaga sikap masing-masing ya," nasihat ibu. Sementara masa masih berbaki, ibu mengambil peluang untuk memeriksa barang-barang dalam bagasi. Jangan ada yang tertinggal. Aku hanya memerhati dengan tanpa sebarang bunyi.
Suasana hening menguasai segenap ruang tamu sehinggalah bunyi loceng rumah ditekan, disusuli suara manusia memberi salam. Ikhwan lebih pantas bertindak, dia segera mengorak langkah ke pintu rumah. Tekaanku tepat. Pak Su sudah sampai, bersama beg galas yang sarat digalasnya.
Pak Segera menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan ibu. "Kak, apa khabar?" sapanya, mesra.
"Khabar baik, mak di kampung sihat? Akak tidak sempat untuk menelefonnya," tanya ibu semula.
"Ibu baik-baik sahaja. Sejak akhir-akhir ini ibu penat... mungkin sebab terlalu lama bekerja di kebun," jelas Pak Su. Hatiku juga tertanya-tanya. Bagaimana keadaan nenek di kampung? Nenek ialah antara insan yang paling aku sayang.
Selepas meletakkan beg, tangannya dihulurkan pula kepada ayah yang baru sahaja meletakkan dulang yang berisi minuman itu di atas meja. "Jemputlah minum, Azmi. Izwan... Ikhwan tunggu apa lagi? Salamlah Pak Su kamu ini." Arahan ayah segera dipatuhi. Muka kelatku dipaksa untuk mengukir senyuman.
Aku mencuit tangan ibu. Membuat isyarat mahu pergi memujuk Alisha. Perlahan-lahan langkahku diatur menuju ke kamarnya.
"Alisha, boleh along masuk?" tanyaku. Setelah lama menunggu, tiada suara yang menyahut. Tanganku pantas mengetuk pintu.
"Masuklah!" laung Alisha. Aku tersenyum kecil.
Aku memulas tombol pintu lalu melabuhkan duduk di bucu katilnya.
"Mengapa Alisha nangis-nangis begini? Alisha tahu? Ahli sihir katak akan culik sesiapa sahaja yang menangis! Lebih-lebih lagi, budak perempuan yang bernama Alisha." Pembohonganku berjaya. Terasa aman apabila tiada lagi suara sumbang yang menyeksa telinga.
"Alisha takut katak! Tolong selamatkan Alisha!" teriaknya pula.
"Jangan risau... nanti Along sumpah dia jadi rama-rama pula!" Sekali lagi, aku terpaksa melayan kerenah Alisha. Ada-ada sahaja. Aku melirik jam yang disemat kemas dipergelangan tangan. Tinggal setengah jam sahaja lagi, sebelum kami akan bertolak ke lapangan terbang.
"Alisha... jom kita hantar ibu dan ayah?" aku cuba untuk memujuk.
Anggukannya berjaya membuatkan aku menghela nafas lega. Sebaik menjejakkan kaki di ruang tamu, Alisha segera berlari mendapatkan ibu. "Ibu, Alisha minta maaf!" Pelukan Alisha disambut mesra ibu.
"Ibu maafkan. Jom, kita bergerak sekarang!"
"Eh, Alisha? Sudah lupa Pak Su?" ujar Pak Su sebaik sahaja pelukan antara Alisha dan Ibu dileraikan.
Beberapa kali, Alisha menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sejak lahir, Alisha belum pernah melihat wajah Pak Su kerana semasa Alisha dilahirkan Pak Su masih belajar di luar negara. Perlahan-lahan dia melangkah untuk bersalaman dengan lelaki yang berumur lewat 20-an itu.
Selepas memastikan rumah selamat dikunci, ayah memandu kereta membelah jalan raya menuju ke lapangan terbang.
****
"Along jaga adik-adik ya? Ibu janji... ibu akan balik sebelum keputusan SPM keluar." Rasa sebak terbuku di dada. Hatiku entah mengapa terasa sangat berat untuk melepaskan ibu.
"Ibu naik pesawat yang mana satu?" tanya Angah.
"Itu... yang tertulis MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing." Penerangan ibu berjaya mencuri tumpuanku. Apa yang terpacul dari mulut ibu sama seperti yang tertera di jadual penerbangan yang disediakan di pintu keluar Balai Berlepas.
Aku cuba menahan daripada menumpahkan air mata. Hilang sahaja bayangan ibu dan ayah dari pandangan, segera air mata jantan mengalir di pipi. Goyah sebentar kekacakanku apabila ditertawakan oleh Pak Su. Alisha dan Angah juga masing-masing dihanyut perasaan sedih.
"Kalian mesti lapar. Jom, Pak Su belanja makan!" Tawaran istimewa Pak Su berjaya menghalang rasa sebak daripada merebak. Perut masing-masing sudah mengeluarkan irama tersendiri.
***
"Along... Along!" panggil Pak Su. Hasrat hati mahu pergi ke dapur untuk membuat Milo terpaksa dihentikan.
"Ya?" jawabku seraya melabuhkan duduk di sofa berdekatan dengan Pak Su.
"Apa nama pesawat yang ibu dan ayah kamu naik itu?" Keningku bertaut. Dahiku berkerut. Cuba mengimbas semula nama pesawat itu dalam kotak minda.
"MH370 rasanya, kalau saya tidak silaplah. Mengapa?" Jari telunjuk Pak Su dihalakan tepat pada skrin televisyen.
Ya Allah! Aku dan Pak Su saling berpandangan. Cubitan pada pipi dilakukan secara berganti-ganti. Namun, semua itu tidak berjaya memadamkan mimpi negeri ini. Aku cuba menangkap setiap butir perkataan yang keluar dari mulut pembaca berita itu.
Astaghfirullah! Pesawat MH370 hilang dan tidak dapat dikesan melalui radar? Pak Su cuba menukar setiap saluran televisyen yang ada. Berita kehilangan pesawat MH370 menjadi tajuk utama setiap stesyen televisyen pagi itu.
Tiba-tiba, bunyi gelas jatuh menguasai suasana. Angah? Aku pantas mendapatkan Angah.
Mujur ada plastik kosong yang terbiar di atas meja ruang tamu itu. Tanganku mengutip kaca-kaca yang bertaburan.
"Ibu dan ayah okey?" tanya Angah. Matanya tidak melihat aku. Dia hanya terpempan seperti orang buta.
Aku hanya menggeleng. Lidahku tidak mampu menutur sebarang kata.
"Keadaan ibu dan ayah bagaimana?" tanya Angah lagi. Mahu tidak mahu, aku terpaksa menjawab.
"Along tidak tahu." Darah mula mengalir di jari, kesan kaca gelas itu. Perit luka di hati lebih perit luka di jari.
Pak Su datang sambil sehelai tisu di tangan seraya dia membalut jariku.
"Biar Pak Su yang tolong." Aku mengangguk sambil tersenyum. Angah kupimpin menuju ke sofa di hadapan televisyen. Mujur Alisha masih tidur. Apabila dia sudah terjaga nanti, apa yang perlu aku jawab? Soalan demi soalan bermain di fikiran.
'Ibu... ayah di mana kalian?' hati kecilku berteriak.
***
"Along jaga adik-adik ya? Ibu janji... ibu akan balik sebelum keputusan SPM keluar." Pesanan ibu masih terngiang-terngiang di fikiran. Telah lama aku sabar menanti. Tidak sanggup aku terseksa lagi. Ya Allah, Engkau pertemukan pesawat MH370... Amin.
#doakanmh370

Monday, 3 March 2014
Kisah Seorang Pelajar
Teks: Syahmi Shah
Gambar: Mazlia Murat
"Baiklah murid-murid, sekarang cuba buat praktis 8 pada muka surat 36 dalam buku teks itu ya,"
Arahan Cikgu Norlia tidak dihiraukan, Aizat lebih selesa meletakkan kepalanya di atas meja. Dia tidak berminat langsung mahu membuka buku ataupun memegang pen. Aizat pun runsing, baru-baru ini dia tidak ada semangat yang boleh membantunya untuk belajar.
"Aizat, baik kau buat apa yang Cikgu Norlia suruh sebelum Cikgu Norlia sendiri yang bangunkan kau," nasihat Johan yang sudah mula menyiapkan beberapa soalan Matematik.
Pap! Pemadam papan putih itu tepat mengena sesaran. Bukan pada Aizat tetapi pada Johan. Seluruh kelas 3 Imtiyaz itu bergema dengan gelak tawa.
Sempat lagi Aizat berseloroh, "Sebenarnya, siapa yang tidur tadi?" kemudian dia sambung ketawa lagi. Akibat terlalu geram, Johan pantas menghadiahkan cubitan dibahu Aizat.
"Astaghfirullahalazim! Maafkan cikgu, Johan. Teruskan kerja kamu. Aizat berhenti ketawa, berdiri di atas kerusi sekarang!" Serta-merta mulut Aizat berubah muncung sedepa, dengan pergerakannya yang lemah longlai seperti tidak cukup zat kakinya perlahan-lahan diletakkan di atas kerusi.
"Assalamualaikum, Cikgu Norlia, maaf kerana mengganggu kelas cikgu. Saya ada satu pesanan daripada Cikgu Hanani, beliau minta Aizat pergi ke Bilik Kaunseling selepas tamat waktu sekolah hari ini. Terima kasih, cikgu."
Loceng menjerit menandakan tamatnya sesi persekolahan untuk hari ini. Aizat mengorak langkah menuju ke surau sekolah. Usai bersolat, Aizat terus menuju ke Bilik Kaunseling.
Pintu diketuk tiga kali berturut-turut. "Masuk!" Segera tombol pintu dipulas.
"Aizat, jemput duduk." Matanya, meliar memerhati segenap penjuru bilik itu. Semuanya tersusun rapi. Jelas sekali, Aizat tidak pernah menjejakkan kaki ke tempat yang dipanggil Bilik Kaunseling itu.
Cikgu Hanani tidak lekang dengan senyumannya. Apa yang Aizat mampu lakukan, hanyalah membalas senyuman ikhlas itu.
"Cikgu, boleh saya tahu kenapa saya dipanggil untuk ke sini?" Aizat meluahkan persoalan yang terbuku di hati sejak tadi.
"Kenapa pula Aizat tanya cikgu? Kamu yang buat keputusan," balas Cikgu Hanani, ringkas.
Riak muka Aizat mula berubah. Cikgu Hanani hanya tertawa kecil, "bukankah kamu yang datang sendiri ke sini?"
"Eh, tadi ada orang beritahu saya yang Cikgu Hanani panggil saya untuk ke Bilik Kaunseling?" Aizat menjawab.
"Ya dan kamu boleh buat pilihan untuk terus balik ke rumah sahaja. Sebaliknya, kamu datang ke sini." penerangan Cikgu Hanani itu merungkai tanda tanya di fikirannya.
"Hehehe... betul juga. Alang-alang saya ada di sini, boleh saya tanya cikgu? Kenapa saya perlu pergi ke sekolah?"
"Okey, giliran cikgu pula mahu tanya kamu. Kenapa orang sakit perlu makan ubat?" Cikgu Hanani sudah mangli dengan masalah-masalah pelajar yang dihadapi Aizat.
"Supaya cepat sembuh." Laju sahaja Aizat membalas.
"Jadi, kamu perlu pergi sekolah untuk tambah ilmu pengetahuan, bukan?"
"Cikgu, ilmu ada di mana-mana. Contohnya, Albert Einstein. Beliau masih boleh berjaya tanpa pergi ke sekolah."
Mata Cikgu Hanani membundar. Tidak sangka, sesi soal jawab itu makin bertambah rumit.
"Apa yang menyebabkan kamu tidak mahu pergi sekolah?" Cikgu Hanani bertanya lagi, mencuba.
"Setiap hari sama sahaja. Belajar, belajar dan belajar. Saya bosanlah cikgu. Hidup saya ibarat guli yang berpusing-pusing di dalam tempurung," Aizat menerangkan masalahnya.
"Itu sahaja masalahnya?"
Aizat mengangguk sebelum Cikgu Hanani berkata, "Senang sahaja, kamu perlu biarkan guli itu berpusing-pusing ligat supaya guli itu terlepas dan bebas mencorak kehidupannya."
"Maksud cikgu?" tanya Aizat, mendapatkan kepastian.
"Jika mahu keluar dari sangkar, cari kuncinya, jangan ditunggu. Untuk selesaikan masalah, bukan dengan hanya menunggu jawapannya. Berusaha, tawakal dan yang paling penting niat belajar kerana Allah."
Aizat terpempan. Niat? Dia sudah lupa atas tujuan apa dia datang ke sekolah. Sudah tentu kerana Allah. Menuntut ilmu itu satu ibadah.
"Kalau Aizat tidak kisah, cikgu mahu kongsi tip-tip untuk mengelakkan kebosanan ketika belajar. Pertama sekali, kamu memerlukan persekitaran yang bersih untuk belajar dengan selesa dan ceria. Beri tumpuan semasa guru mengajar. Pada masa lapang, cari bahan ilmiah yang bermanfaat. Di samping itu, menghiburkan. Contohnya, majalah pendidikan, komik-komik teladan dan banyak lagi. Jangan malu sekiranya mempunyai masalah, cerita pada cikgu. Insya-Allah cikgu boleh bantu." Tip-tip itu cuba dihafalnya. Rugi sekiranya dia terus pulang ke rumah tadi.
Air matanya mula bertakung di tubir mata, "Terima kasih, cikgu!" Hanya itu yang terlafaz di bibir. Kalau boleh, dia mahu segera memeluk Cikgu Hanani tetapi batas pergaulan harus dijaga. Biarlah, hanya Allah yang membalas jasa Cikgu Hanani di akhirat nanti. Sebelum pulang, Cikgu Hanani memberikan Aizat sebuah buku motivasi sekadar untuk mengisi masa lapang.
Saturday, 15 February 2014
Kenali Saya
Teks: Syahmi Shah
Assalamualaikum, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca entri pertama saya. Segala puji bagi Allah kerana telah menyusun masa dengan baik sekali. Memberikan kita kudrat untuk menyempurnakan tanggungjawab sebagai seorang Islam.
Nama saya, Muhamad Syahmi Arib bin Mohd Shah. Nama ini diberi oleh kakak saya yang bermaksud mulia, berani dan bijak. Saya dilahirkan di Kedah. Sebelum itu, keluarga pernah menetap di Sabah untuk beberapa tahun.
Mendapat pendidikan awal, di Sekolah Kebangsaan Kampong Jawa. Seterusnya, menyambung pengajian ke SMK Agama Yan. Hidup sebagai anak lelaki tunggal bukanlah mudah. Saya perlu memastikan segala-galanya terlaksana dan banyak amanah yang dipikul.
Secara jujurnya, bahan bacaan pertama yang saya baca ialah novel grafik ketika berumur 9 tahun. Sejak kecil, saya suka menconteng dinding. Alat-alat menconteng yang selalu digunakan, pensel warna kayu Stabilo yang berwarna merah dan gincu ibu juga yang berwarna merah. Warna-warna terang sememangnya menjadi pilihan sanubari.
Selepas usia semakin meningkat, saya beralih kepada bahan bacaan yang lebih berat, novel. Novel pertama yang saya baca ialah Detektif Bertudung Hitam, karya Bahruddin Bekri. Novel ini hampir dirampas oleh guru kerana orang lain sibuk membuat rujukan untuk kertas soalan yang berikutnya. Saya pula habiskan masa membaca novel. Akhirnya, novel ini tidak dapat saya habiskan.
Namun saya tidak putus asa! Saya tetap mahu membaca. Jadi, takdir menemukan saya dengan novel Aku Mahu Superbibik hasil karya Ain Maisarah. Tidak puas dengan hanya satu novel, saya mengikuti novel-novel terbaharu beliau sehingga kini. Novel bahasa Inggeris menarik minat saya ketika berada di darjah 6. Siri pertama yang dibaca, Jack Gets a Clue. Kisah seorang budak lelaki yang boleh bertutur dengan haiwan dan menyelesaikan setiap misteri dengan rakan penyiasatnya.
Selain itu, saya ada juga hobi yang lain. Contohnya, mendesain grafik dan mempelajari bahasa asing. Saya mula mendesain grafik sejak tahun 2012. Minat itu timbul apabila melihati banyak akaun Facebook yang menawarkan perkhidmatan mendesain grafik secara percuma. Saya mengasah bakat mendesain grafik dengan merujuk kepada tutorial-tutorial di Internet.
Apa bahasa asing yang saya pelajari? Saya mula didedahkan dengan bahasa asing di sekolah rendah. Guru saya dari darjah dua hingga darjah enam, Ustazah Fatonah mengajar saya bahasa Arab. Dari situ, saya kekalkan minat itu ke alam sekolah menegah dengan memilih sekolah agama. Seterusnya, saya mula mendekatkan diri dengan bahasa Korea atas minat yang mendalam dengan dunia K-Pop.
Sejak kecil, saya mula memikirkan. Apa cita-cita saya? Bermula daripada kerjaya sebagai seorang doktor sehinggalah saintis, saya terokai. Malangnya, semangat itu hilang sebaik sahaja menjejakkan kaki ke sekolah menengah. Saya menjalani hidup seperti manusia yang biasa sambil memikirkan masa depan.
Pada satu hari, saya terlihat status Haryani Kamilan iaitu seorang penulis di Pensel Kontot. Status itu berkaitan dengan kelas menulis online anjuran Puan Mazlia Murat. Selama ini saya tidak tahu, nama penanya Aizam Aiman. Bermula daripada soalan, demi soalan saya mengambil langkah untuk berguru dengan beliau. Tidak dinafikan, perasaan teragak-agak itu ada. Atas dorongan sahabat, inilah saya pada hari ini. Bergelar alumni kelas online penulisan kreatif, pada masa yang sama sebagai seorang pelajar. Saya yakin kerjaya sebagai penulis adalah keputusan muktamad. Kata orang, hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih.
Sekian, daripada saya.

Subscribe to:
Posts (Atom)